Jumaat, 7 Jun 2013

NEGERI SELANGOR TERUS DIROGOL

Perlombongan haram kerpa kali berlaku di Negeri Selangor dimana pada awalnya dilihat perlombongan pasir yang dilakukan di merata rata tempat sepweritiada kawalan dari pihak kerajaan negeri tersebut. 

Walau pun sudah banyak kali bantahan dibuat, namun ianya seperti tidak memberikan apa apa kesan kepada pelombong atau kawasan perlombongan. 

Persoalannya, kenapa kerajaan Selangor yang diketuai oleh Khalid Ibrahim tidak mengambil tindakan dengan menutup lombong lombong ini? Sedangkan kita semua tahu bahawa perlombongan haram ini tidak akan menguntungkan kerajaan negeri hatta mereka tidak membayar cukai perlombongan bahan galian.

Baru baru ini dikhabarkan sekali lagi dan kali ini di Gombak pula, satu kawasan batu kuartz telah dikesan dikawasan tersebut., tapi takkan le baru sekarang dapat kesan? Perkara perkara macam tu sedangkan semua orang tahu bahawa untuk mengangkut keluar bahan tersebut bukanlah satu perkara mudah dan sudah tentulah jentera berat digunakan. 

Kadang kadang laporan yang diberikan oleh kerajaan Selangor kepada rakyat memang agak meragukan kerana ianya seolah olah tidak telus dan tidak mengikuti kehendak rakyat.