Khamis, 27 Jun 2013

#blackout505 ANWAR MAKIN TERTEKAN DALAM POLITIK

Sedikit demi sedikit pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh individu yang dulunya menyokong pakatan pembangkang namun kini sudah beralih arah menyokong pihak kerajaan setelah mereka tahu tentang apa yang dilakukan oleh pakatan tersebut yang mempunyai agenda politik yang amat kotor serta licik.

Hari ini bekas pengasas PKR telah mendedahkan bahawa fitnah Anwar terhadap Perdana Menteri dengan melibatkan beliau dengan pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Sharibu adalah salah satu agenda Anwar untuk membunuh karektor politik Perdana Menteri.

Beberapa minggu lalu heboh diperkatakan bahawa ada dikalangan pengikut Anwar telah menawarkan sejumlah wang kepada Koperal Sirul yang terlibat dengan pembunuhan tersebut supaya mengakui bahawa beliau (Sirul) menerima arahan dari Perdana Menteri untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Nampak gayanya Anwar kini dalam dilema kerana tidak berjaya membawa pakatan pembangkang untuk menjadi kerajaan Malaysia dan beliau kini telah menggunakan kaedah sogokan dalam usaha untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Mungkin juga Anwar terpaksa melakukan semua pembohongan serta fitnah tersebut kerana janji janji beliau terhadap pemimpin pakatan pembangkang yang begitu mengharapkan kehadiran beliau ke dalam parti pembangkang membolehkan PKR, DAP dan PAS menerajui negara dan perkara tersebut dilihat sudah mempunyai harapan yang gelap dan tidak mustahil pemimpin pembangkang kini merasakan Anwar hanya mampu untuk melafazkan janji tetapi tidak mampu untuk menunaikannya.

Begitu juga dengan pelabur pelabur dari luar yang dikatakan telah menaja Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kini sudah mula hilang keyakinan terhadap beliau.

Penolakan oleh rakyat Malaysia terhadap kepimpinan pembangkang yang diketuai oleh Anwar juga dilihat membolehkan pembangkang kehilangan terutamanya Anwar kehilangan populariti daripada penyokong dan pelabur pelabur ini.

Apa lagi yang Anwar harapkan daripada kemungkinan beliau untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan majoriti rakyat Malaysia menolak kepimpinan beliau dan salah satu bukti pula yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia serta pengikut pakatan pembangkang ialah melalui himpunan blackout505 di padang merbok Kuala Lumpur baru baru ini yang hanya dihadiri oleh tidak sampai 10 ribu orang.