Agak menghairankan juga peserta himpunan ni yang begitu bodoh sampai sanggup bekhemah semata mata untuk menunjukkan protes tentang pilihanraya pada bulan Mei yang lalu.
Sikap retorik demi retorik telah ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang dan yang paling ketara apabila Anwar mengatakan untuk memboikot majlis angkat sumpah ahli parlimen yang dijadualkan esok.
Semalam pula, untuk menutup kesilapan daripada apa yang diperkatakan oleh Anwar..ahli parlimen Parit Buntar pula mengatakan biar semua ahli parlimen pembangkang mengangkat sumpah dan seterusnya berjuang di dalam parlimen mewakili rakyat.
Persoalannya, berapa banyak masalah rakyat yang dibawa kedalam parlimen oleh ahli parlimen pembangkang ke dalam dewan? Sangkakala rasa sepanjang 5 tahun lepas..boleh dikira beberapa kali sahaja masalah rakyat yang dikemukakan oleh mereka didalam sidang dewan.
Dan yang paling ketara ialah..mereka ini hanya akan berceramah dengan menggunakan gaji sebagai ahli parlimen demi untuk memburuk burukkan kerajaan.
Yang para pengikut pula..berpanas terik terpekik terlolong menyatakan sokongan.