Selasa, 11 Jun 2013

#pru13 #505 PAKATAN PEMBANGKANG MULA RESAH

Pakatan pembangkang nampaknya resah apabila speaker dewan rakyat, Tan Sri Pandikar Amin mengatakan bahawa beliau turut sama akan memboikot majlis angkat sumpah ahli parlimen yang di jadual akan berlangsung pada 24 Jun ini.

Beliau bercakap secara begurau dan nampaknya peguam yang juga Naib Presiden PKR, N.Surendran melompat sampai keluarkan perlembagaan yang mengatakan bahawa speaker tidak boleh berbuat begitu.

Dey MACHA, itu Tan Sri gurau la, apa pasal sudah goyang, Tan Sri Pandikar tu speaker dewan maknanya beliau tahu tentang perlembagaan, yang Surendran melompat macam kera pasal apa pulak?

Baru kena gempak sikit dah jadi tak tentu arah, belum betul betul Tan Sri Pandikar tak datang dalam majlis, mau agaknya si Surendran ni jadi tak tentu arah.

Walau apa pun, dalam television tadi Tan Sri Pandikar berkata, kalau seseorang ahli parlimen tidak mengangkat sumpah dan tidak hadir ke parlimen selama 6 bulan dari tarikh majlis angkat sumpah berkenaan, maka kerusi parlimen kawasan tersebut akan diisytiharkan kosong dan boleh diadakan pilihanraya kecil.

Agak agak la, Anwar dan gerombolannya berani tak kalau tak angkat sumpah 24 ni nanti, apa kata kalau kita sama sama perhatikan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: