Isnin, 17 Jun 2013

@tunfaisal TMI PATUT DISAMAN @NajibRazak

Portal The Malaysian Insider yang selalu menjadi portal pilihan peminat bacaan berita memalui internet ternyata gagal untuk membawa etika kewartawanan.

Dengan memesongkan kenyataan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Tun Faisal dalam laman blog beliau ternyata portal tersebut seolah olah sengaja mahu melaga lagakan penggiat media khusunya pro kerajaan.

Pada Sangkakala dengan ketiadaan moral dan etika sebegini, Tun Faisal Ismail perlu mengambil tindakan tegas mungkin dengan cara menyaman protal tersebut kerana jelas dan nyata mereka telah memanipulasi berita atau artikel yang dikeluarkan oleh pengerusi UMB tersebut.

Tun Faisal juga telah menulis dalam laman blog beliau tentang apa yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider baru baru ini

"Saya ucapkan terima kasih kerana TMI memberi perhatian terhadap tulisan saya. Memang itu yang saya harapkan. Tetapi, apakah TMI tidak boleh berpegang kepada etika kewartawanan apabila memetik butiran yang hendak saya sampaikan melalui artikel saya? Apakah memang menjadi amalan TMI untuk mereka-reka cerita dalam laporan mereka?"

Sambungan untuk artikel Tun Faisal sila klik pautan dibawah

http://bit.ly/18PNxG2




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: