Khamis, 6 Jun 2013

UMNO HARUS KEKAL @khairykj

Pemuda UMNO Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan untuk Barisan Nasional menjadi parti tunggal.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Yang Berhormat saudara Khairy Jamaluddin berkata Exco Pemuda mahu UMNO kekal seperti sekarang.

Masa belum sesuai lagi untuk itu, Khairy juga berkata sistem keahlian terus BN yang pernah diputuskan tidak lama dulu perlu diaktifkan untuk mereka yang tidak mahu menyertai mana mana parti komponen Barisan Nasional.

Dalam sidang media yang lain pula selepas itu, YB Dato Razali Ibrahim selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia umumkan bahawa Exco Pemuda UMNO Malaysia mahu YB Khairy Jamaluddin mempertahankan jawatan Ketua Pemuda tanpa ditandingi.

Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda, Razali tidak mempertahankan kerana umur beliau sudah melebihi 40 tahun.

Bagi Sangkakala ianya amat baik memandangkan Pergerakan Pemuda masih lagi memerlukan khidmat YB Khairy dalam merangka dan memperkasakan pergerakan itu demi menjamin kekuatan Pemuda UMNO Malaysia.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: