Khamis, 13 Jun 2013

#505 #pru13 GEMPAR !!! DS ZIN TERIMA DUIT DARI ANWAR IBRAHIM

Agak terperanjat juga Sangkakala bila terbaca dalam laman facebook petang ni apabila terlihat posting dari seorang rakan fb yang mengatakan bahawa ketua pemuda UMNO Selangor menuduh Datuk Seri Ir Zin telah menerima wang sogokan dari pada Anwar Ibrahim dalam memastikan Pakatan Pembangkang terus menang di negeri tersebut.


Bagi Sangkakala,  tuduhan ini boleh dikatakan agak berat juga kerana ianya keluar dari mulut seorang Ketua Pemuda negeri.

Tapi bagi Sangkakala,  adalah lebih baik jika terdapat bukti bukti sahih dan dapat membuktikan bahawa perkara tersebut benar benar berlaku baik dibawakan terus ke pihak berwajib supaya tindakan dapat diambil dan dibawa ke pengetahuan lembaga disiplin parti supaya tindakan daripada parti juga dapat dilakukan.

Perkara ini telah tersebar dalam media sosial dan pada Sangkakala ada pulak persoalan lain, kemana pegi semua pengamal media yang dibayar oleh Datuk Seri Zin semasa pru lepas? Takkan nak biarkan boss terkontang kanting sorang kena serang macam tu kot.

Tapi ye lah, masa pru lepas pun mereka ni dibayar tapi berapa sangat artikel yang kekuar untuk Selangor, kalau tak pecaya baca DISINI.

Blogger APA ada membuat pendedahan tentang perkara tersebut, jadi janganlah terkejut kalau Datuk Seri Zin kena jawab sendiri isu yang dilemparkan oleh Ketua Pemuda negeri Selangor tu.