Selasa, 11 Jun 2013

APA KEJAYAAN SPAD ??? @NajibRazak @syedhamidalbar

Sangkakala ada tengok blogger cuba nak defend SPAD kononnya dengan penyambungan lantikan Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai pengerusi Agensi tersebut membuktikan bahawa SPAD berjaya.

Dimana kejayaan SPAD? Masih ada lagi pemandu teksi yang tidak menggunakan meter untuk tambang teksi itu satu kejayaan, sikapa pemandu yang kurang sopan itu kejayaan?

Sangkakala rasa mesti Tan Sri Syed Hamid Albar upah blogger ni untuk counter balik apa yang Sangkakala tulis dalam blog ni kan? Sebab Sangkakala kenal siapa penulis tu, atau pun penulis tu cuba mencari elaun untuk sara hidup.

Sangkakala bukan menulis untuk mendapatkan elaun jauh sekali untuk menerima imbuhan, apa yang Sangkakala tulis adalah dari apa yang Sangkakala sendiri alami dan lihat.

Kalau nak defend pun agak agak lah wahai blogger, jangan jadi lembu yang dicucuk hidungnya dan ditutup matanya, sebab lembu dah tentu tak boleh berfikir, yang kita ni manusia.

Kalau benar SPAD berjaya, sila bawakan bukti atau Tan Sri Syed Hamid sendiri keluarkan bukti, berapa banyak kenderaan pengangkutan awam darat ni telah dikenakan tindakan selama SPAD ada di jalanraya.

Setahu Sangkakala, belum ada satu keping saman pun yang dikeluarkan oleh SPAD kerana dalam peruntukan undang undang yang ada dalam SPAD tidak termaktub untuk pendakwaan.

Itu adalah jelas dimana sekiranya ditahan oleh SPAD sekalipun, SPAD tidak mampu untuk membuat apa apa pendakwaan keatas pesalah, dan apa jadi lepas tu? Biarkan kesalahan terus berlaku di jalanraya?

Untuk pertanyaan juga, berapa kali SPAD melakukan operasi di jalanraya untuk mengesan kesalahan dan salah laku pemandu kederaan awam?

Hehe, nanti Sangkakala korek lagi, harap blogger Spad bersiap sedia untuk menjawab segala persoalan yang Sangkakala ajukan nanti.

Dan sehingga itu, Sangkakala masih lagi menunggu satu laporan lengkap tentang SPAD yang tidak dibolehkan melakukan pendakwaan, itu ke agensi penguatkuasaan atau lebih baik disebut agensi penguatKEWANGAN?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: