Selasa, 11 Jun 2013

@NajibRazak @syedhamidalbar LAYAKKAH SPAD TERIMA ANUGERAH ???

Sangkakala telah dihantar oleh seseorang melalui laman facebook milik beliau kononnya tentang penerimaan SPAD yang diberikan di UITP World Congress di Geneva.

Masalahnya sekarang anugerah tersebut mungkin diberikan diatas laporan yang dibuat dan bukannya dengan cara turun ke bawah dan memantau setiap permasaalahan yang ada.

Seperti yang Sangkakala katakan dalam artikel sebelum ini, Sangkakala bercakap atas kapasiti pengalaman yang Sangkakala alami sendiri dan pernah juga Sangkakala masukkan gambar seperti dibawah dalam dalam beberapa artikel yang lalu dan ianya menjadi bukti bahawa si penghantar gambar tersebut begitu perihatin dengan nasib malang penumpang yang dimaksudkan.


Artikel di SINI

Itu tanda kelayakan untuk dapat anugerah? Kalau si pelancong dalam gambar tu tau SPAD dapat anugerah dengan cara begitu mau di ludahnya agaknya lah.

Bukanlah tidak bangga bila sebuah agensi mendapat anugerah atau pengiktirafan dari badan badan dunia, tapi kena tengok juga dimana kekuatannya jangan sampai nanti orang kata syok sendiri, seperti kata pepatah orang tua 'kokok melambung ekor main taik', buat malu je nanti.

Sangkakala baca akta dalam SPAD, Ada 34 muka kesemuanya dan Sangkakala tak nampak mana mana klausa yang mengatakan bahawa SPAD boleh membawa satu satu kes untuk pendakwaan ke mahkamah.

Seorang pakar pengangkutan awam dari UKM sendiri pernah menulis agar tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada sebuah agensi dan apa yang dilihat hanyalah pemansuhan LPKP serta Jabatatan Keretapi baca lagi di SINI

Jadi bagaimana SPAD boleh mendedahkan statistik tentang kes selesai dan masih berjalan dalam mahkamah?

Atau mungkin cara menyelesaikan masalah seperti yang Sangkakala katakan dalam artikel sebelum ini bahawa SPAD hanya menghantar laporan bahawa ianya telah selesai melalui email dan sejauh mana kebenarannya Sangkakala sendiri pun tak tau. 

Cuma jika ianya benar maka bagus perjalanannya, tapi kalau tak benar faham faham sahaja lah sendiri.