Sabtu, 8 Jun 2013

@NajibRazak @syedhamidalbar SPAD TIADA FUNGSI !! BAIK BUBAR

Sangkakala pernah terlibat dalam satu kemalangan kecil dengan sebuah teksi pada 8/5/2013 yang lalu yang mana Sangkakala juga telah masukkan dalam laman blog Sangkakala.

Baca di SINI

Apa yang menjadi kekesalan pada Sangkakala ialah sampai ke hari ini, tidak ada satu pun berita tindakan yang diambil keatas pemandu teksi tersebut.

Cuma keesokan harinya setelah Sangkakala masukkan cerita tersebut ke dalam blog,  adalah seorang pegawai yang menelefon Sangkakala dan mengatakan bahawa nereka akan mengambil tindakan keatas pemandu tersebut dan beliau juga memberitahu bahawa pihak SPAD akan memaklumkan apa juga berita tentang kes tersebut kepada Sangkakala melalui email.

Satu lagi yang disebut oleh pegawai berkenaan ialah, kes tersebut akan dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu dan selewat lewatnya sebulan dari tarikh Sangkakala buat laopran.

Memang sedap bunyi cakap pegawai tu seolah olah menunjukkan bahawa SPAD menjalankan tugas dengan begitu baik sekali? Tapi tarikh pada hari ini adalah 8/6/2013 yang mana ianya genap sebulan berlaku tetapi Sangkakala masih tidak mendapat apa apa khabar berita sekali pun. 

Apa yang lebih menarik lagi, pegawai berkenaan tau yang Sangkakala menulis di laman blog dan beliau meminta Sangkakala untuk menarik semula artikel tersebut, tapi Sangkakala rasa lebih baik tarik kalau mereka benar benar buat kerja tapi bila artikel kedua ni keluar,  agak sukar untuk Sangkakala tarik balik artikel tersebut.

Agaknya dan kawtim siap le tu, SPAD pun manusia juga, kalau rasa tak boleh selesai baik jangan letak nombor telefon toll free pada semua teksi kalau agak agak tak mampu nak selesaikan masalah.

Sangkakala sendiri pun tak tau apa fungsi SPAD ni yabg sebenarnya, kalau dulu ada polis ngan jpj je, tiba tiba muncul pula SPAD ni dan di ketuai oleh Tan Sri Syed Hamid Albar yang baru baru ini telah disambung perkhidmatannya dalam SPAD.

Takpelah, kita tinggalkan seketika cerita Sangkakala tu, sekarang Sangkakala nak ceritakan sikit pasal maklumat yang Sangkakala dapat malam tadi, masih juga berkisar tentang SPAD yang mana seorang pelancong merayu agar pemandu teksi menggunakan meter dan tidak  mengenakan bayaran mengikut dollar.

Wahhh..hebatkan kerja pemantauan yang dilakukan oleh SPAD ni? Sejak bila pula negara Malaysia menggunakan matawang asing sebagai urusniaga seharian? Setahu Sangkakala dalam negara kita ni hanya Ringgit Malaysia digunakan untuk segala perbelanjaan harian.

Takde bukti? Ni gambar dan keterangan Sangkakala bagi untuk tatapan.


Nak laporkan pada SPAD?  Buang masa je lah, macam Sangkakala tulis kat atas tadi, ibarat curah air ke daun keladi je sudahnya, udahlah nak dapat becakap dengan operator pun sampai berkali kali Sangkakala dail baru nak jawab, itu ke dinamakan cekap dalam menjalankan tanggungjawab? HAMPEH !!!

Kalau setakat nak ambik alamat email baik le tak payah buang kredit telefon SPAD ni, macam artikel Sangkakala yang dulu, Sangkakala dah kata SPAD JANGAN MAKAN GAJI BUTA.

Sekali lagi Sangkakala nak beritahu pada Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid kena pantau pantau sikit pergerakan anggota dibawah tu, jangan buat kerja sambil lewa.