Sabtu, 8 Jun 2013

BLOGGER OTAI HENTAM KROMO ?? BIAR BETUL NI !!

Sangkakala terbaca dalam blog rakan blogger yang mengatakan ada blogger yang boleh dikatakan otai dari Selangor yang menghentam kepimpinan Pusat,tapi menyepikan diri tentang kepimpinan negeri tersebut.

Sangkakala pun buka lah blog yang dimaksudkan oleh rakan Sangkakala ni, memang ada artikel seperti yang di makasudkan.

Dari pada apa yang Sangkakala lihat, memang benar juga apa yang dikatakan oleh rakan blogger Sangkakala ni, sepatutnya blogger otai tersebut menegur kepimpinan dalam negeri Selangor yang gagal menawan kembali negeri itu bahkan mengurangkan lagi kerusi DUN dalam Selangor.

Buka link dibawah untuk bacaan lanjut
http://dlvr.it/3TvKlZ

Bukan apa, dalam blog milik blogger otai tu pun Sangkakala ada terbaca yang blogger ni hentam Razali Ibrahim tentang kenyataan beliau yang meminta supaya jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak dipertandingkan.

Bagi Sangkakala ini adalah bagus untuk menunjukkan bahawa UMNO Malaysia, Pemuda, Puteri dan Wanita bersatu hati dalam memimpin parti.

Nak pertikai lebih pun tak guna sebab Razali yang bercakap tentang hal tiada pertandingan tu pun dah habis umur pemuda dan beliau pun tak boleh lagi nak bertanding apa apa jawatan dalam Pemuda UMNO Malaysia.

Lagi satu yang Sangkakala lihat ialah, dalam pemilihan parti, tiada halangan untuk sesiapa juga bertanding kalau rasa diri ada kemampuan, yang disebut oleh Razali tu cuma cadangan, dan kalau blogger otai ni bertanding jadi ketua pemuda pun tiada masalah.

Mungkin blogger otai ni tersilap dengan penggunaan perkataan cadangan tersebut dan mungkin juga dah ada yang bercadang cadang untuk melawan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia tapi terencat setelah Razali Ibrahim mengeluarkan kenyataan tersebut.

Satu lagi yang Sangkakala nak perbetulkan disini ialah, persetujuan di buat oleh EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan ianya tidak merujuk kepada ahli di peringkat akar umbi.

Kalau ada sesiapa nak bertanding, boleh ambil borang pertandingan seperti yang telah ditetapkan oleh UMNO Malaysia tentang pemilihan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan