Rabu, 8 Mei 2013

SPAD JANGAN MAKAN GAJI BUTA

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat mungkin ditubuhkan untuk mengelak daripada orang menjadi penganggur agaknya, sebab boleh Sangkakala katakan bahawa mereka ni makan gaji buta semata mata.

Kenapa Sangkakala kata macam tu? Sebab malam ni saja Sangkakala dah telefon ke nombor talian bebas 1800889600 sebanyak 13 kali dan semua panggilan tersebut tidak berjawab.

Untuk makluman Sangkakala nak buat aduan sebab sebuah teksi limousine KLIA (HBB 937) dah langgar kereta Sangkakala dan bukan sahaja pemandu tersebut tidak memohon maaf, malah cuba berlagak samseng.

Yang membuatkan Sangkakala lebih sakit hati ialah dibelakang limousine tersebut tertera nombor aduan SPAD seperti yang Sangkakala letakkan diatas tadi.

Buat apa nak lekat semua nombor telefon bagai kalau dah tak dijawab oleh kakitangan yang bertugas, atau mungkinkah kakitangan SPAD bertugas hanya pada waktu pejabat atau juga mungkin seperti yang Sangkakala katakan awal tadi mereka ni semua makan gaji buta.

Tan Sri Hamid Albar selaku pengerusi suruhanjaya sepatutnya lebih alert atau mengambil berat tentang masalah panggilan telefon tidak berjawab ni dan beliau sendiri sepatutnya seringkali mencuba sama ada kakitangan SPAD menjawab panggilan atau tidak apabila pengguna merasa tidak puas hati.

Kalau dah rasa tak boleh nak buat semua tu, Sangkakala nasihatkan Tan Sri supaya melepaskan sahaja jawatan yang Tan Sri pegang daripada kena sumpah macam yang Sangkakala buat sekarang ni.

Ada suruhanjaya tapi tak buat apa, telefon tak berjawab, ingat sikit, gaji yang dibayar tu adalah dari duit rakyat yang akan membuat aduan pada bila bila masa.

Masa terima gaji beratur di mesin ATM, masa orang ramai nak buat aduan beratus kat mana pun Sangkakala tak tau puak puak ni.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan