Jumaat, 7 Jun 2013

PEMUDA PERAK SERBU @Khairykj DI KBS @hairul_own @azwanbro


Seramai 25 orang dari kepimpinan pemuda UMNO negeri Perak patang ini melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Saudara Khairy Jamaluddin di pejabat beliau.

Rombongan yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri Perak Suadara Azwan.

Dalam ucapan awal oleh Saudara Azwan beliau mewakili pergerakan pemuda UMNO negeri Perak mengucapkan tahniah kepada saudara Khairy Jamaluddin diatas perlantikan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru.

Khairy dalam ucapan beliau pula mengatakan bahawa ini adalah pertemuan atau kunjungan pertama pergerakan pemuda negeri terhadap beliau semenjak memegang jawatan Menteri.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada petang ini  dan beliau telah memberikan sedikit nasihat agar semua ketua ketua pergerakan pemuda agar bersatu dalam mencapai matlamat kerajaan.

Beliau mengingatkan kepada semua yang hadir supaya bergerak lebih agresif dalam mempertahankan kerajaan.

Dalam pada itu juga beliau mengucapkan tahniah kepada pemuda Perak yang berjaya merampas kembali kerajaan negeri Perak dan beliau berkata bahawa beliau serta saudara Azwan telah berusaha untuk membolehkan pemuda mendapat tempat sebagai calon ADUN atau Ahli Parlimen.

Beliau juga berkata, semalam telah diadakan mesyuarat EXCO pergerakan pemuda UMNO Malaysia dan dalam mesyuarat semalam, pergerakan pemuda bersetuju supaya Presiden dan Timbalan Presiden kekal kerana hanya Perdana Menteri serta Timubalan Perdana Menteri sahaja yang layak untuk menerajui kepimpinan UMNO Malaysia. 

Lagi gambar di SINI