Isnin, 10 Jun 2013

NAJIB BAKAL DICABAR JAWATAN PRESIDEN

Wahh..ini kali memang sengit, tak sesengit pilihanraya yang baru lepas kalau benar benar ianya berlaku.

Sangkakala baca dalam sebuah laman blog yang ada kebenarannya dan mungkin tidak mustahil Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bakal dicabar oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden.

Buka link dibawah
http://bit.ly/17BHcwJ

Di kalangan sayap sayap parti pula menggesa supaya tidak ada pertandingan yang dilakukan diantara dua jawatan tertinggi dalam UMNO itu, tetapi segala kemungkinan tidak boleh diketepikan.

Najib selaku Perdana Menteri tidak mungkin akan dicabar untuk melepaskan jawatan dengan prestasi PRU13 yang lalu, tetapi jika dicabar, kemungkinan besar kedudukan Najib dalam bahaya seperti 'telur dihujung tanduk'.

Dan yang akan mencabar beliau tidak mungkin dikalangan orang ketiga atau keempat atau kelima parti, tetapi yang paling hampir iaitu orang nombor dua.

Adakah Najib sudah bersedia dengan panglima panglima perang beliau untuk menangkis segala persepsi ahli akar umbi yang layak mengundi melebihi 100'000 orang di seluruh negara?

Apakah sudah siap jentera Muhyiddin untuk melakukan serangan? Itu semua hanya kedua dua mereka sahaja yang tahu, namun ianya ibarat gula yang manis tapi mampu untuk membunuh secara perlahan lahan.

Dan segala yang berlaku dalam PRU13 sudah pasti akan dikeluarkan oleh pesaing Najib nanti dalam usaha memenangi jawatan nombor satu parti tersebut.

Najib perlu memperkukuhkan kedudukan dengan meletakkan 'ARMADA' Perang beliau jika ingin terus menerajui UMNO sebagai pemimpin dalam parti Melayu tersebut

Lagi berita tentang percaturan politik dalaman parti di pautan ini
http://bit.ly/17BKakS




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: