Khamis, 6 Jun 2013

PEMUDA UMNO SEBULAT SUARA JAWATAN PRESIDEN DAN TIMBALAN KEKAL

Sebentar tadi telah diadakan sidang media tentang kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saudara Khairy Jamaluddin tentang pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Menurut beliau, mesyuarat exco pemuda UMNO Malaysia yang diadakan petang tadi telah memutuskan secara sebulat suara bahawa dua jawatan tertinggi parti iaitu Presiden serta Timbalan Presiden tidak akan dipertandingkan.

Ini adalah bukti dimana kesepakatan pergerakan pemuda UMNO yang memilih untuk Presiden parti iaitu, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin memimpin parti hingga ke pemilihan yang akan datang.

Sebelum itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukriz Tun Mahathir juga menyatakan perkara sama dan akan turun berkempen sekiranya ada tentangan untuk kedua dua kerusi tersebut.

Beberapa orang ahli majlis tertinggi termasuk naib presiden parti juga telah menyatakan perkara sama sebelum itu.

Tahniah UMNO yang melihatkan perpaduan dalam parti serta menguatkan ukhwah diantara ahli serta pemimpin.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: