Rabu, 12 Jun 2013

@Zahid_Hamidi KANTOI ATAU @RafiziRamli YANG BIOL ???

Anak ikan si Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli kata Yb Datuk Seri Zahid Hamidi kantoi setelah memuat naik sebuah video yang menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri itu merekrut 24000 jentera dan memberikan mereka seorang seratus serta 5 kilogram beras.

Dan dengan itu juga, Rafizi ni kalau Sangkakala kata bodoh dia ahli parlimen, nak kata kurang akal tak sampai hati, jadi Sangkakala klasifikasikan dia ni sebagai manusia yang kurang kasih sayang, itu lagi mudah.

Dah nampak di situ ada perkataan MEREKRUT sudah tentulah ianya dilakukan sebelum kempen pilihanraya dan tidak ada masalah untuk memberikan belanja poket serta beras seperti yang didakwa oleh Rafizi kerana yang dikatakan perbelanjaan untuk pilihanraya sebanyak RM 200 ribu itu hanyalah dalam tempoh kempen pilihanraya dan beliau telah membuat petisyen tentang itu.

Sangkakala nak bagi tau pada Rafizi sebab dia ni memang suka sangat nak tunjuk yang dia bodoh sampai Sangkakala rasa malu nak mengaku dia ni sebagai orang.

MEREKRUT adalah sama dengan perkataan memberikan latihan dan latihan pilihanraya tidak akan dijalankan semasa kempen pilihanraya, itu pun tak boleh beza ke? 

Sama ibarat latihan perang, takkan latihan perang di buat semasa dalam peperangan, sudah tentulah ianya dibuat sebelum peperangan bermula, anak siapa bangang sangat ni? Sampai bahasa mudah macam tu pun tak tau nak dibuat perbezaan?

Sudah sudah le Rafizi, tak payah le nak kecoh kecoh sangat ye, kumpul duit untuk buat duit bayaran saman dari Datuk Seri Zahid nanti lagi baik, tak de lah nanti dihat sampai menyusahkan orang lain pulak.