Ahad, 9 Jun 2013

SIAPA NAK BUNUH TENGKU AZIZ

Agak agak pembaca la, siapa punya kerja yang berani nak ugut ugut orang macam ni?

Dan tak berapa lama dulu, Karpal pernah meminta Tunku Aziz supaya berhenti daripada terus mengeluarkan kenyataan tentang DAP.

Jadi disini Sangkakala rasa pembaca mesti dapat mengagak siapa punya kerja kan?

BARNAMA : Bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh yang diterimanya melalui panggilan telefon semalam.
    
Beliau yang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kira-kira pukul 10 pagi semalam berkata ugutan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali pada pukul 10.10 malam semalam.

Katanya, bimbang nyawa dan keselamatan ahli keluarganya terancam beliau hadir membuat laporan polis.
    
"Kata-kata lelaki itu amat berani. Dia kata dia akan bunuh saya," katanya kepada pemberita.
    
Beliau berkata ugutan tersebut kemungkinan berpunca daripada beberapa isu mengenai perkembangan di negara ini yang beliau komen.
    
"Lelaki itu mungkin mengugut saya untuk berhenti memberikan komen saya mengenai beberapa isu penting mengenai negara kita," katanya.
    
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Fadil Marsus mengesahkan ibu pejabat polis itu menerima laporan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang membawa hukuman denda dan penjara maksimum tujuh tahun, jika sabit kesalahan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: