Selasa, 18 Jun 2013

#505 WAKIL CALON TEMPAT BLACKOUT PERLU DISIASAT

Selepas sahaja tamat pengiraan undi di seluruh negara tiada bunyi tentang blackout atau terputusnya bekalan elektrik dimana mana kawasan pengundian.

Namun pada penghujung bulan 5 kita semua digegarkan dengan berita dengan terputusnya bekalan elektrik di beberapa buah kawasan hingga membuatkan Pakatan Pembangkang mengambil inisiatif melakukan demonstrasi 'blackout 505' diseluruh negara.

Tuduhan ini bagi Sangkakala adalah berat kerana ianya melibatkan himpunan haram berlaku di beberapa buah tempat di seluruh negara dan yang lebih mengecewakan ianya telah mengganggu perjalan kehidupan seharian rakyat.

Sangkakala berpendapat bahawa wakil wakil calon atau agen pusat pengiraan undi perlu disiasat oleh pihak yang bertanggungjawab bagi mendapatkan berita serta bukti sahih dengan kejadian blackout ini.

Bukan kerana apa, ini adalah untuk memberikan gambaran serta jawapan sebenar tentang kejadian itu kerana, Sangkakala berpendapat, mereka yang menggembar gemburkan cerita ini yang menjadi punca kepada demonstrasi ini dan mereka ini jugalah yang mengetahui cerita sebenar.

Seperti biasa, jika tidak terdapat kawasan kawasan yang mengalami gangguan bekalan elektrik ini, maka mereka yang menjadi wakil calon perlu dibawa kemuka pengadilan kerana membuat fitnah hingga menimbulkan kekecohan.

Mereka mereka ini juga boleh didakwa sebagai dalam yang menyebabkan himpunan haram diadakan, jika maklumat telah diperolehi, maka pihak berkuasa boleh mengeluarkan kenyataan sama ada perkara benar benar berlaku atu sebaliknya untuk menjadi bukti sahih kepada rakyat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: