Sabtu, 15 Jun 2013

@NajibRazak #505 #pru13 #tolakPR PEMBANGKANG PERLU DIHALANG !! JANGAN BAGI MUKA !!!

Semasa di zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, tidak ada langsung dari kalangan kaum cina yang berani mengangkat muka untuk melakukan protes dan sebagainya.


Tapi kini perkara tersebut seolah olah menjadi satu kebiasaan dan tidak lagi menjadi satu perkara pelik.

Saranan Tun Mahathir supaya kerajaan jangan terlalu berlembut kepada pembangkang dilihat amat tepat, ini kerana, jika terlalu berlembut, maka mereka (pembangkang) akan terus melakukan perkara perkara yang boleh membahayakan keselamatan serta ketenteraman negara.

Beliau berkata begitu dalam satu temu ramah bersama wartawan BERNAMA semalam di Kuala Lumpur.

(KUALA LUMPUR 14 Jun — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.
"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013, di sini semalam.
Beliau berkata, sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.
"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sistem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.
LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.
Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk Transforming A Nation: The Malaysian Experience, Dr. Mahathir berkata, pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.
Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.
"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya," katanya.
Dr. Mahathir berkata, strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).
"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya. - BERNAMA).

Rata rata rakyat Malaysia memilih untuk hidup dalam keadaan aman dan makmur disamping menikmati kemewahan yang diperolehi melalui kestabilan ekonomi.

Tapi dengan ketamakkan pembangkang yang tetap mahukan jawatan Perdana Menteri, maka semua aspek termasuklah keselamatan, ketenteraman, ekonomi dan sebagainya ditolak ke tepi.