Isnin, 10 Jun 2013

#505 HAIRIE OTHMAN MENGAMUK DENGAN PAS

Apa dah jadi ni Hairie? Dulu beriya sangat memuji bahawa semenjak menyertai PAS, rezeki datang melimpah ruah sampai tak lalu nak tanggung panggilan demi panggilan untuk mengadakan ceramah diserata tempat.

Ada juga gambar yang menunjukkan Hairie yang pernah berlakon dalam filem Leftenan Adnan ni mengusung kotak derma untuk PAS. 

Tapi hari ni lain pulaj nyanyi si Hairie, dah macam orang putus asa je, job sebagai penceramah politik yang maha hebat dah ditarik balik ke? Atau PAS memang pergunakan Hairy semasa dalam tempoh dekat pilihanraya saja?


Nak cakap sikit le kat Hairie ni, awak tu lelaki takkan dipandang sehebat Abby Abadi, kalau Abby Abadi genyit sekali mata,  satu taufan akan datang cabut lebai lebai dan kopiah atas kepala ustaz ustaz PAS tu.

Tapi kalau si Hairie yang genyit alamat punah ranah le semua, memang dapat maki free la jawabnya.

Apa pun lepas ni Hairie akan berlakon semula la agaknya, jumpa la balik dengan kawan kawan yang pernah dikutuk dan dihina satu masa dulu kerana kurang Islam kononnya.