Ahad, 9 Jun 2013

BUKTI DALAM PAS JUGA TIADA SEPAKAT

Ni yang mana satu cakap kita nak dengar kalau dah ramai sangat orang atau individu yang mempunyai kuasa dalam membuat sesuatu keputusan? PAS dilihat tiada kesepakatan dalam parti itu sendiri apabila hari ini Timbalan Presiden PAS mengatakan bahawa mereka akan memberikan sokongan kepada himpunan pada 15/6 nanti.

Sebelum tu beberapa orang pemimpin PAS sendiri mengatakan bahawa PAS tidak terlibat dalam himpunan tersebut dan ianya juga pernah dikeluarkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib dan juga Menteri Besar Kelantan yang baru. 

Tapi bila Mat Sabu kata keputusan telah dibuat dan PAS tetap akan menyertai himpunan tersebut seolah olah mereka ini tiada pendirian dalam memberikan keputusan bagi pihak parti.

Parti sebegini seharusnya ditolak sepenuhnya kerana ianya mengundang kekeliruan terhadap rakyat.

Apa yang lebih memeningkan kepala lagi ialah, yang mengeluarkan kenyataan tidak turut serta itu adalah ketua dewan ulama l, ini juga membuktikan bahawa Mat Sabu tidak menerima keputusan yang dibuat oleh ulama mereka sendiri.

Kalau ulama dikalangan mereka pun tidak digunapakai saranannya, apakah PAS akan menggunapakai kata kata ulama yang lain?

PAS apabila ditunjangi oleh Mat Sabu sudah pasti akan mengikut kata kata PKR dan DAP kerana ada ura ura yang mengatakan bahawa kedua dua parti tersebut yang menaja beliau untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden. 

Dan untuk membalas budi PKR dan DAP jalan terbaik yang diambil oleh Mat Sabu ialah dengan menuruti apa sahaja kehendak mereka.