Dalam surat yang dihantar melalui email kepada sangkakala, SPAD melalui
SHAHRIDAN ABDUL AZIZ
Pengurus
Bahagian Pengurusan Aduan,
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),
Jabatan Perdana Menteri.
Dalam surat tersebut ada mengatakan bahawa SPAD telah memberikan PERINGATAN TEGAS kepada pemandu terbabit dan meminta pemilik teksi tersebut mengambil tindakan disiplin terhadap pemandu.
Macam becakap dengan budak sekolah tadika je SPAD dengan sangkakala kan, suka suka je nak bagi tau kes selesai, siapa yang selesai, macam mana cara selesai sangkakala pun tak tau.
Kalau setakat untuk hantar surat melalui email macam tu, anak sangkakala si SANGKADEWI pun boleh buat, sebab takde bukti yang mengatakan atau menunjukkan bahawa pemandu tersebut telah dipanggil ke pejabat SPAD untuk diberikan taklimat atau nasihat atau apa sahaja untuk memberitahu bahawa setiap pemandu teksi itu harus lebih bertanggungjawab supaya tidak memalukan atau mencemar nama baik pemandu teksi yang lain.
Tapi sangkakala pun pelik juga ni, kenapa SPAD tak panggil sangkakala sedangkan pegawai yang telefon sangkakala pada keesokkan harinya selepas sangkakala membuat aduan berkata bahawa mereka akan menghubungi sangkakala sebab sangkakala hanya menuntut permohonan maaf dari pemandu teksi tersebut dan bukannya menuntut sebarang bayaran ganti rugi, dan beliau berkata akan melakukan perkara tersebut, tapi sudahnya sangkakala hanya dapat surat melalui email yang bertajuk SURAT TUTUP KES.
Senangnya SPAD nak selesaikan satu satu kes kan? Hantar email pada si pengadu kira selesailah masalah, takkan ada apa apa rungutan atau bunyi lagi.
Ada seorang rakan sangkakala berkata bahawa SPAD tidak mempunyai kuasa yang sebenarnya dan ianya tidak seperti JPJ atau Polis yang boleh mendakwa pesalah.
Biar betul, kalau dah tak boleh nak dakwa segala kesalahan, yang beriya meronda naik proton INSPIRA tu buat apa? Makan angin sambil buang minyak petrol ke? Atau saja nak bagi gempak nampak pada pemandu teksi?
Kalau betul la SPAD tidak boleh mengambil tindakan pada pesalah jalanraya khususnya perkhidmatan awam, sangkakala rasa baik dibubarkan dulu sementara nak dapat kelulusan dari parlimen tentagn kuasa pendakwaan.
Itu le sebab, bila dah kelam kabut sangat nak buat suruhanjaya akhir sekali DISURUH TAK BERJAYA juga sudahnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan