Jumaat, 28 Jun 2013

CUKUP CUKUPLAH SAHLAN cc @NajibRazak

Dato Sahlan Ismail Nasution yang merupakan salah seorang Setiausaha Politik (SUPOL) PM yang kalah bertanding dalam PRU13.

Sahlan kalah di kawasan sedangkan Barisan Nasional menang di Kedah?

Sahlan kalah kerana rakyat tidak dapat menerima beliau. Ini bukannya kerana faktor undi Cina, tetapi sebab Sahlan memang tidak bagus dan tidak disenangi oleh orang ramai.

Dikhabarkan juga Sahlan kini adalah Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Bukan SUPOL lagi tetapi hanya Pegawai Khas.

Sahlan sebenarnya menjadi salah satu sebab kenapa Perdana Menteri mendapat nama yang agak buruk di kalangan pemimpin UMNO kerana Sahlan ni lebih sudu dari kuah.

Peranan Sahlan dah macam peranan pegawai Pak Lah masa tingkat 4 di kritik dulu. Nampaknya selepas Pak Lah dan tingkat 4 tak ada, pejabat Najib pun dah jadi sama.

Sudah tiba masanya peranan SUPOL dan pegawai-pegawai pejabat Perdana Menteri diperbetulkan semula kerana nampaknya mereka ni dah jadi macam sida-sida Maharaja Cina.

SUPOL dan pegawai Perdana Menteri perlu sedar mereka hanya pegawai kepada Perdana Menteri dan merupakan jambatan di antara Perdana Menteri dengan pemimpin-pemimpin UMNO atau lebih tepat lagi SUPOL dan pegawai-pegawai pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka seharusnya menjadi pemudah cara.

SUPOL dan pegawai PM masih perlu menghormati heirarki. Bukan mengatasi peranan Menteri dan pemimpin UMNO dan BN.

SUPOL dan pegawai-pegawai PM TIDAK WAJAR mempengerusikan mesyuarat. Sebaliknya hanya memberi input sebagai mewakili PM dan menerima input untuk dilaporkan kepada PM.

SUPOL dan pegawai-pegawai PM TIDAK WAJAR mengetuai sebarang operasi, tetapi hanya sebagai salah seorang anggota dalam jawatan kuasa operasi tersebut.

SUPOL dan pegawai PM perlu ingat bahawa dalam jemaah menteri ada Menteri bertanggung jawab dan dalam Majlis Tertinggi ada Pengerusi Biro dan Ahli Majlis Tertinggi yang bertanggungjawab.

Jangan main redah sahaja kerana beberapa sebab. Salah satunya adalah kewajaran untuk menghormati heirarki.

Kalau pegawai PM sendiri gagal menghormati Menteri dan pemimpin UMNO, jangan kita harapkan orang lain akan menghormati Menteri dan pemimpin UMNO.

Sebab kedua yang paling penting adalah akauntabiliti. SUPOL dan pegawai Perdana Menteri tidak menentukan dasar, tetapi Menteri dan Pengerusi Biro akan menentukan dasar organisasi yang diketuai.

Bila semua berjalan dengan lancar, tidak mengapa. Tetapi bila berlaku sesuatu masalah, siapa yang akan dipersalahkan dan dipertanggung jawabkan? Siapa yang akan membawa laporan ke kabinet dan mesyuarat Majlis Tertinggi? Siapa pula yang akan menjawab di Parlimen?

Bukan SUPOL dan pegawai PM, tetapi Menteri dan Pengerusi Biro atau Ahli Majlis Tertinggi.

Bila ada masalah SUPOL dan pegawai PM akan meyorokkan diri. Kalau berjaya mereka yang akan claim mileage lebih-lebih walaupun tak buat apa sangat.

Sudah sampai masanya supaya pentadbiran dalam pejabat PM dibetulkan semua. Jangan ulangi kesilapan zaman tingkat 4 dan sebelum PRU13.  

SUPOL dan pegawai PM tolong hormat Menteri dan Ahli Majlis Tertinggi, sebab jawatan korang hanya dilantik oleh pemimpin yang kami pilih, dan tolonglah, jangan nak melebih lebih lak.

 
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: