Isnin, 10 Jun 2013

RAFIDAH AZIZ BAGAI KACANG LUPAKAN KULIT

Kenyataan Tan Sri Rafidah Aziz yang mengatakan bahawa syarikat Air Asia X tidak terjejas hanya kerana pertelingkahan diantara Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan tersebut dengan akhbar Utusan Malaysia kemungkinan adalah satu kesilapan besar.

Rafidah yang dulunya seorang menteri dan kini dilantik sebagai Pengerusi syarikat penerbangan tersebut Sangkakala lihat hanya mementingkan periuk nasi beliau bersama Air Asia X dan bukannya memperjuangkan agenda Melayu.

Rafidah mungkin juga terlupa bahawa satu masa dulu,  beliau sendiri banyak menggunakan khidmat akhbar Utusan Malaysia dalam mempromosikan program program kementerian beliau.

Tapi apa bila memegang jawatan sebagai Pengerusi sebuah syarikat dan tidak lagi terlibat dalam politik, maka Rafidah memperkatakan sebegitu kepada Utusan dan beliau juga mengatakan bahawa itu adalah pandangan peribadi beliau sendiri.

Apakah Rafidah boleh kita anggap sebagai kacang lupakan kulit dan seperti cacing naik ke mata dengan kenyataan kenyataan beliau tentang isu Azran dengan Utusan, sebagai seorang bekas Menteri,  Rafidah sepatutnya memainkan peranan beliau dengan penuh rasa tanggungjawab dan profesional.

Anggapan Rafidah bahawa kes tersebut seolah olah kea terpinggir akan membuatkan Air Asia X akan mengalami kerugian besar dan akan merebak ke syarikat penerbangan tambang murah Air Asia kerana kuasa pengguna itu amat besar dan kuat.