Khamis, 13 Jun 2013

#505 #tolakPR SAH BLACKOUT HANYA RETORIK

Semalam telah tamat tempoh untuk menghantar petisyen tentang pilihanraya yang diadakan pada 5 Mei 2013 yang lalu, kedua dua parti iaitu dan kerajaan t3lah menghantar petisyen tentang pilihanraya tersebut.

Dalam banyak banyak petisyen dikemukakan oleh pakatan pembangkang,  Sangkakala tak nampak pula ada petisyen yang membangkitkan isu terputusnya bekalan elektrik dimana mana kawasan.

Jadi disini Sangkakala rasa curiga juga, kenapa pakatan pembangkang tidak memfailkan petisyen tentang perkara tersebut dan membiarkannya sahaja sedangkan pakatan pembangkang veriya iya menyalak terpekik terlolong mengatakan bahawa terdapat kejadian blackout berlaku di beberapa kawasan pengiraan undi. 

Ini juga bermakna sekiranya tiada petisyen tentang itu, maka himpunan 505 diadakan untuk apa? Sedangkan seluruh rakyat Malaysia dicanangkan himpunan tersebut adalah untuk membantah keputusan pilihanraya yang lalu dan salah satu punca ianya dilakukan adalah kerana terputusnya bekalan elektrik di beberapa kawasan.

Jelas isu blackout ini hanya retorik pembangkang untuk menaikan kemarahan rakyat dengan cara memfitnah kerajaan  dengan cara yang amat keji.