Selasa, 25 Jun 2013

#blackout505 HUSAM MUSA TARIK NAFAS LEGA

Semalam Naib Presiden PAS, Husam Musa telah dibebaskan dengan jaminan polis serta surat jaminan sebanyak RM 3000 ringgit.

Husam yang ditahan pada hari sabtu lepas di Kampung Pandan Kuala Lumpur telah dibawa ke IPD Kota Bharu atas dakwaan menghasut orang ramai untuk hadir ke himpunan blackout 505 di Padang Merbok dan didalam harakah pula beliau ada menyebut bahawa sekiranya sesiapa yang pergi ke himpunan tersebut dan ditakdirkan mati insyaallah mereka dikira syahid.

Ini satu kenyataan berat yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan dalam sebuah parti politik apatah lagi beliau mewakili sebuah parti yang mengatakan bahawa mereka adalah parti Islam.

Seperti yang Sangkakala katakan dalam artikel berkenaan penangkapan Husam baru baru ini, kenyataan beliau boleh mencetuskan huru hara sama macam yang pernah dikeluarkan oleh Haji Hadi dalama amanat beliau sehingga mencetuskan tragedi Memali kira kira 30 tahun dulu di Kedah yang mana ianya melibatkan kematian pengikut Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Kenyataan Husam itu juga seolah olah satu fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin kanan PAS yang menjurus ke arah pertempuran diantara para peserta demonstrasi dengan pasukan keselamatan dan ini adalah sesuatu yang sangat bahaya.

Husam seharusnya bertanggungjawab dengan kenyataan beliau tersebut dan sepertimana yang kita tahu bahawa, pemimpin PAS yang datang semasa himpunan baru baru ini adalah dikalangan pemimpin yang sukakan rusuhan seperti Mat Sabu dan Nik Abduh.

Sedangkan, pemimpin pemimpin lain dalam PAS seperti Hadi Awang dan yang lain lain tidak menghadirkan diri dan besar kemungkinan mereka ini sudah mula letih dengan sikap Anwar yang suka berpura pura.

Berbalik kepada Husam, beliau dikatakan diikat jamin dan ianya bertahan selama sebulan dan dalam tempoh masa tersebut, pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut terhadap kenyataan beliau dan pihak polis boleh melakukan pendakwaan jika sabit kesalahan.

Walau pun lega sebab dibebaskan, tapi itu tidak bermaksud lega selama lamanya sebab kenyataan yang berbaur hasutan itu sudahpun dikeluarkan oleh Husam, cuma cara dan akta mana beliau akan didakwa itu terserah kepada pihak polis.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: