Ahad, 23 Jun 2013

#blackout505 #kl622 PEMIMPIN PEMBANGKANG DIBURU

Walaupun himpunan semalam didakwa sebagai himpunan aman oleh pakatan pembangkang..namun ianya tetap diklasifikasikan sebagai himpunan haram kerana tidak mendapat kelulusan daripada pihak polis.

Pihak polis dikatakan kini sedang menyiapkan kertas siasatan untuk mendakwa pemimpin pembangkang yang berada di tempat himpunan semalam..beberapa pemimpin pembangkang semalam hadir diantaranya seperti Anwar Ibrahim, Nik NaMi, Johari Abdul, Tian Chua, Nurul Izzah, Wan Azizah, Chegu Bard, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa, Chua Jui Meng, Lim Kit Siang, Azmin Ali dan beberapa lagi pemimpin pembangkang. 

Dengan insiden yang berlaku semalam jelas menunjukkan bahawa mereka tidak dapat mengawal para pengikut mereka dan bagaimana mereka ini mengatakan bahawa mereka memberikan jaminan yang himpunan akan berjalan dalam keadaan aman tanpa apa apa kejadian buruk?

Mungkin alasan yang akan diberikan oleh pemimpin pakatan pembangkang amat mudah iaitu mereka akan mengatakan bahawa pihak berkuasa yang melakukan provokasi dan ianya adalah salah kerajaan kerana tidak memberikan kebenaran berhimpun.

Bagi Sangkakala..itu bukanlah satu alasan..apabila mereka mengatakan bahawa mereka memberikan jaminan..tidak kira kebenaran diberi atau tidak..perkara sebegitu tidak seharusnya berlaku dan dari pemerhatian Sangkakala..rata rata anak muda yang hadir lebih bersifat agresif dan mereka tidak mahukan lagi himpunan yang mempunyai ucapan dan sebagainya. 

Apa yang mereka mahukan ialah..satu bentuk keganasan yang dapat ditunjukkan kepada orang ramai dan dengan sebab itu jugalah pihak kerajaan tidak memberikan kebenaran untuk mereka berhimpun kerana ianya tidak menjamin keselamatan semua pihak.