Sabtu, 1 Jun 2013

DONG ZONG JANGAN CABAR MELAYU !!! GAGASAN MULA NAIK ANGIN

Kenyataan Dong Zong dilihat semakin hari semakin melampau terutamanya melibatkan kepimpinan negara dimana mereka ini seolah olah cuba untuk menjadi tulang belakang yang mana semua atau segala apa yang mereka perkatan adalah benar dan tepat.

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia memberi amaran keras kepada Dong Zong yang dilihat sudah menjadi cacing naik ke mata apa bila mempwrtikaikan perkantikan dua orang dari kaum cina untuk menyertai kabinet bagi mewaikili kaum tersebut.

Nak apa lagi Dong Zong ni? Rasanya dalam pilihanraya umum yang lepas pun mereka ni tak bagi undi pada Barisan Nasional, bila dah habis mereka pula nak cerita banyak.

Itu tak kena, ini tak kena, apa yang kena pada mereka kita pun tak tau, kalau dah undi pun tak bagi, urusan negara jangan campur lebih lebih sangat.

Kepada Perdana Menteri, sila lupakan siapa mereka ini atau anggap sahaja mereka ini kaum cina yang datang melancong ke Malaysia dan tidak boleh menyuarakan apa apa, sebab kita cuma perlu untuk memberikan perhatian kepada rakyat yang taat.

Dong Zong dari dulu lagi dilihat sudah mula mempermain mainkan kepimpinan Melayu dan terus terang Sangkakala nyatakan disini, kehadiran mereka akan membuatkan keadaan lebih kusut dan bukannya menjadi lebih baik.

Dengan mengatakan bahawa 2 orang wakil kaum cina dalam kabinet tidak fasih berbahasa  mandarin dan kerana itu mereka tidak layak untuk diiktiraf sebahai wakil kaum cina adalah satu tindakan atau kenyataan kirang ajar yany mana mer3ka sendiri dilihat menghina kaum cina.

Perdana Menteri telah melantik 2 orang wakil ini kerana masih lagi mempunyai rasa simpati kepada kaum cina walaupun kita semua tahu bahawa majoriti kaum cina menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lepas.