Isnin, 3 Jun 2013

SOKONGAN DARI PAKATAN MANA ANWAR DAPAT ???

Ni apa ke gila lagi si Anwar Ibrahim ni,  dia kata dapat sokongan pakatan dalam usaha untuk menjadi Perdana Menteri dengan mengadakan himpunan pada 15 jun nanti.

Yang menjadi kehairanan sekarang ni ialah, PAS Kelantan sudah menyatakan pendirian bahawa mereka tidak akan turut serta dalam himpunan tersebut dan DAP juga telah menyatakan akan mengambil langkah sama.

Anwar masih mengatakan bahawa beliau mendapat sokongan daripada pakatan pembangkang untuk mengadakan himpunan tersebut. 

Anwar perlu ingat bahawa Yang DiPertuan Agung sendiri pun sudah bertitah bahawa jangan ada lagi yang cuba untuk menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan dan perlu diingat, Baginda selaku ketua Negara dan segala titah perintah perlu diikuti dan bukannya cuba dipermain mainkan.

Sangkakala beranggapan sekiranya perkara ini masih dilakukan oleh Anwar, beliau juga telah melanggar perlembagaan negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Dan orang yang melanggar perlembagaan negara boleh juga dianggap sebagai pengkhianat kepada negara, jadi sekiranya Anwar melanggar perlembagaan tersebut,  beliau sepatutnya dihukum dengan hukuman yang setimpal.