Mana pakatan pembangkang nak letak muka kali ni apabila suruhanjaya tinggi Bangladesh mengatakan bahawa adalah tidak masuk akal kalau ada pihak yang mengatakan bahawa 40'000 rakyat negara itu dibawa masuk sebagai pengundi hantu.
Itu sebab Anwar tak berani buat laporan polis berhubung dengan perkara tersebut dan menukarkannya kepada dakwat kekal.
Bila dah ada kenyataan ini rasanya pakatan pembangkang kena la sorok muka di celah kangkang Anwar sebab dah malu dengan rakyat yang terpengaruh dengan dakyah yang mereka sebarkan.
Selama ini pelbagai fitnah tentang kegiatan membawa masuk pengundi hantu fan sebagainya di sebut sebut oleh mereka namun mereka tidak mampu untuk menunjukkan bukti jelas dimana pendatang tersebut mendarat.
40'000 bukanlah satu angka yang sedikit dan sudah pasti akan membuatkan ianya diketahui oleh semua rakyat Malaysia kerana ia menggunakan kapasiti yang besar.
Lagipun dimana mereka nak menginap dan sebagainya dan apa yang penting sudah pastilah pihak emigresen terpaksa bertungkus lumus untuk mendaftarkan kemasukan mereka ini.
Tapi biasa la, nama pun pembangkang, kalau tak tabur fitnah bukanlah pembangkang namanya.