Tapi Lim Kit Siang tetap juga mengatakan bahawa mereka (DAP) tidak mampu untuk membayar imbuhan sebanyak RM 15 juta setahun untuk mengupah 200 orang cybertrooper yang digelar sebagai Red Bean Army itu.
Tapi adakah benar apa yang didakwa oleh Kit Siang? Betul ke DAP tidak mempunyai want sebanyak itu selama ini? Jika benar DAP tidak mengupah mereka, bagaimana perkara ini dihebahkan sendiri oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda DAP Kebangsaan hingga terbongkarnya tahsia atau cerita tentang cybertrooper ini?
Kit Siang perlu memberikan bukti sekiranya Red Bean Army bukan dibawah penajaan mereka kerana perkara ini dihebahkan sendiri dan modus operandi pasukan tersebut juga telah dijelaskan oleh bekas Setiausaha Eksekutif tersebut.
Menurut kata beliau, ada terdapat lebih kurang 200 orang cybertrooper DAP yang ditugaskan untuk melakukan pelbagai perkara negatif didalam dunia cyber dan yang paling merisaukan apabila dalam kenyataan baru baru ini didalam utusan Malaysia yang menyebut bahawa pasukan ini mengugut akan memperkosa wanita yang didapati menyokong kerajaan.
Kalau dah macam ini gayanya, Sangkakala rasa tak perlu tunggu lama lama kerana jika dibiarkan melarat sudah pasti akan menimbulkan kekecohan nanti.