Isnin, 3 Jun 2013

#505 LAGI SEKALI KEPALA ANWAR PENING

Lepas sorang sorang pemimpin PAS keluarkan kenyataan mengatakan bahawa PAS menolak untuk mengadakan himpunan bagi menggulingkan kerajaan secara paksa dengan mengadakan himpunan dan rusuhan.

Ini betul betul dah bagi kepala Anwar pening sampai dah naik biol sebab parti yang menjadi kuda tunggangan selama ini tidak mahu bergerak, jenuh dipalu pun masih macam tu juga.


PAS kini dilihat lebih matang apabila beberapa pemimpin parti tersebut telah mengadakan sidang secara terbuka menolak apa yang dilakukan oleh Anwar ketika ini.

Tapi itu bukanlah bermakna PAS menolak sepenuhnya apa yang dilakukan oleh Anwar, kerana daripada apa yang kita lihat, PAS seolah olah tidak mampu untuj mengawal pengikutnya sendiri apabila masih ada dikalangan ahli parti tersebut yang mengikut Anwar berhimpun di sana sini. 

Adakah ahli ahli PAS ini menolak pula apa yang dikatakan oleh para pemimpin mereka? Adakah PAS telah gagal untuk mendidik para pengikut mereka untuj menjadi pengikut yang setia kepada kepimpinan?

Walaupun begitu ramai yang menyatakan bantahan tapi Anwar masih lagi mampu untuk mengaburi mata Pengikut PAS dengan agenda politik sempit beliau dan ini dapat memperlihatkan kegagalan dalan PAS.