Isnin, 3 Jun 2013

@NajibRazak BERAPA PETI PULAK EZAM NAK KELUARKAN LEPAS NI ???

Wahhh..baru ke sekarang Sangkakala nampak balik Senator Ezam Mohd Nor bersuara kembali di arena politik selepas di lantik sebagai senator, agaknya Ezam dah dapat kot cerita 6 peti yang beliau selalu sebut sebut sebelum dapat jadi Senator dulu dan bila dah dapat jadi Senator peti pun hilang dan sekarang bila Barisan Nasional dah jadi kerajaan dan ada juga naanti jawatan jawatan menteri yany akan diberikan kepada Senator, beliau keluar semula. 


Bijak politik Ezam ni, maklumlah anak buah Anwar dulu, mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, guru kencing berdiri, murid kencing belari, tapi yang ni kencing merata, dengan PM sendiri pun kena kencing, mati mati ke percaya yang dia simpan semua rahsia Anwar, rupa rupanya dia olah balik kenyataan orang lain.

Macam dalam akhbar Utusan semalam, Ezam kata 3 perkara yang paling ditakuti oleh Anwar, pertama kes liwat Saiful,  kedua kes lahad datu dan ketiga pendedahan Nallakarupan, alahai..common la YB, jangan bagi Dewan Negara malu boleh tak? Semua cerita tu orang dah tau la, tak cakap pun orang dah tau, nak bagi ulasan tu buat apa? Baik jadi pengulas sukan kat TV3 je..pegi minta kat Farid Ridhuan..opsss..yang tu pun tak tau le berapa lama lagi nak duduk sebagai orang kuat PM.

Selama selepas keluar dari parti Keadilan, Ezam melakukan roadtour ke seluruh negara dan memberitahu bahawa beliau mempunyai 6 peti rahsia tentang segala kegiatan Anwar dan beliau juga berkata akan mendedahkan perkara tersebut satu persatu hingga Anwar kena stroke dan tak boleh berpolitik lagi.

Pada mulanya semua orang percaya dengan apa yant dikatakan oleh bekas orang kesayangan Anwar ni, tapi
lama kelamaan orang yang mendengar pun jadi lesu dan tak bermaya sebab sudah jelak dan muak dengan 6 peti Ezam yant cuma disebut tapi tak dibuktikan oleh beliau sama ada benar atau tidak.

Tiba tiba kedengaran pula, Ezam dilantik sebagai Ahli Dewan Negara lagi la kuat suara si Ezam kalau nak diikutkan, tapu sebaliknya pula yang berlaku, Ezam menyepi tanpa sebarang khabar berita, 6 peti dah tenggelam di lautan hindi agaknya.

Kini Ezam muncul kembali, mungkin dengan peti peti baru dicat, maklumlah Ezam ni pun pandai pakai barang kitar semula dan apa yang penting ialah, tempoh sebagai Ahli Dewan Negara Ezam Mohd Nor bakal berakhir dan untuk itu beliau kena lakukan sesuatu bagi menunjukkan bahawa beliau melakukan kerja dan masih mempunyai idea walau pun lama tetapi diperbaharui.

Agaknya Ezam dah nampak satu jawatan lain pulak kot ni, jawatan di sebelah Perdana Menteri ke yang boleh membuatkan beliau lebih dipandang dan mana tau akan jadi calon pulak dalam pilihanraya yang akan datang nanti.

Ada juga ura ura yang Sangkakala dengar bahawa Ezam juga akan dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, maklumlah juga kan, sekarang ni ramai dikalangan setiausaha politik yang akan kecundang.

Kalau lah Ezam ni duduk sebagai Setiausaha Politik, alamat lagi susah la dikemudian hari, kalau tiba tiba pakatan memerintah, pasti Ezam lah orang pertama yang akan mengatakan bahawa beliau ada 6 peti rahsia UMNO selama beliau menjadi Senator. 

Kepada Perdana Menteri,  sila buat pilihan yang tepat dan mengikut keselesaan rakyat,  bukan keselesaan orang sekeliling, takut nanti undi pru14 cuma dapat dari orang sekeliling dan tidak dari akar umbi.