Adalah amat memalukan jika seorang pegawai mempunyai sikap sebegini memandangkan pasukan ATM adalah sebuah pasukan yang amat disegani dan dihormati dalam menjaga keamanan serta kedaulatan negara.
Sangkakala terbaca dalam sebuah blog yang mana ada mengeluarkan artikel berkenaan dengan sepucuk surat yang dikirimkan oleh seorang isteri anggota tentera yang mengadu akan nasib suami beliau didalam kursus.
Untuk bacaan lanjut sila klik DISINI
Jika perkara ini benar benar berlaku diharap agar ianya dapat dibanteras seberapa segera dan jika ianya hanya sebagai gurauan bolehlah ianya diabaikan sahaja.
Tapi Sangkakala rasa takkanlah seorang isteri sanggup berkata demikian jika perkara tersebut tidak berlaku, apa apapun mohon kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyiasat perkara ini.