Selasa, 4 Jun 2013

#505 #pru13 AZMIN SAKIT HATI KHALID DIPERSOAL

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali kata ada dikalangan anggota parti kurang senang dengan pelantikan setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail ke jawatan pegawai perhubungan politik di pejabat menteri besar.

Tapi betul ke ni? Atau Azmin yang tak puas hati dengan perlantikan tu? Sebab semua orang tau yang Azmin memang kurang senang dengan perlantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang mendapat sokongan presiden parti.

Azmin juga ada menyebut bahawa anggota parti berkenaan juga merasakan bahawa keputusan tersebut seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang lain.

Masalahnya siapa pemimpin Selangor tu? Adakah Azmin maksudkan diri beliau sendiri sebagai pemimpin di Selangor tersebut?


Azmin juga berkata ada ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Kenyataan ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shaifei yang menuntut agar menteri besar menjelaskan peranan Saifuddin di jawatan tersebut jelas menunjukkan bahawa beliau berada di dalam kem Azmin dan berusaha untuk menampakkan kesalahan Khalid dalam perlantikan Saifudin.

MPN (majlis pimpinan negeri PKR) Selangor juga dikatakan akan meminta penjelasan lanjut dari Khalid Ibrahim kerana timbul pertanyaan mengapa pula setiausaha agung PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Bagi Saifuddin pula, lebih baik diam daripada bersuara sebab ada juga desas desus yang mengatakan bahawa Saifuddin yang telah melobi untuk Khalid memegang semula jawatan Menteri Besar dan sebagai membalas budi, Khalid telah melantik Saifuddin ke jawatan tersebut.

Nasib le Khalid, dapat jadi Menteri Besar tapi macam nak kena control oleh orang lain, tak boleh lantik orang itu dan orang ini, semua kena pertikai, sedangkan kuasa mutlak dalam perlantikan ada dalam tangan beliau sendiri.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: