Ahad, 2 Jun 2013

ANWAR MAKIN TERHIMPIT DENGAN MAINAN SENDIRI

Dalam Utusan Malaysia hari ini satu kenyataan telah dibuat oleh ketua dewan ulama Pas yang meminta semua pihak menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara ini.

Harun Taib berkata, langkah itu penting bagi menjamin keamanan dan kestabilan yang berkekalan sekali gus menolak insiden tidak diingini berlaku sehingga boleh mencetuskan huru-hara.

Nampaknya PAS dan DAP memang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan membawa para pengikutnya untuk turun ke jalan jalan raya kerana memprotes keputusan pilihanraya yang lalu.

Harun Taib juga berharap mana-mana pihak yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum lalu, bersikap lebih rasional dan tidak bertindak mengikut perasaan termasuk melakukan kekerasan.

Dalam titah sempena hari keputeraan Yang DiPertuan Agong, Seri Paduka bertitah, sebarang perubahan politik di negara ini perlu dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Titah Tuanku Abdul Halim, tindakan menanam kesangsian terhadap institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini adalah perbuatan yang amat berbahaya.

Harun bagaimanapun mengakui memang wujud pihak-pihak tertentu yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13.

Tapi nampaknya yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut hanyalah Anwar dan pengikutnya yang juga membawa bersama pengikut pengikut PAS serta DAP yang termakan sama hasutan beliau dengan mengatakan bahawa terdapat kejadian bekalan elektrik terputus dan sebagainya.

Namun kita dapat melihat bahawa dalam laporan polis yang dilakukan oleh Anwar hanyalah dakwat kekal yang dkatakan tidak mengikut kehendak dan janji SPR iaitu ianya kekal selama seminggu, dan beliau tidak melaporkan perkara perkara lain seperti bekalan elektrik terputus, kehilangan peti undi dan beberapa lagi dakwaan yang dilakukan hingga membuatkan beliau membawa pengikut berhimpun disana sini.

Mungkin juga Anwar cuba untuk mencari pasaran bagi dirinya yang dilihat sudah kurang publisiti dimana pengikut pengikut pakatan pembangkang sendiri sudah mula jelak dan letih dengan himpunan himpunan yang dianggap tidak mendatangkan faedah kepada mereka.

Adakah Anwar akan tinggal kesaorangan serta bersendirian selepas ini apabila satu pendedahan telah dilakukan oleh Jusof Kalla yang mengatakan bahawa Anwar sendiri telah melanggar perjanjian diantara beliau dengan Datuk Seri Najib yang mana dalam perjanjian tersebut ada menyebut bahawa mereka berdua akan menerima keputusan pilihanraya secara aman.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: