Ahad, 2 Jun 2013

KHAIRUN ASEH GANTI ALIES NOR ??? HILANG AKAL KE ???

Sangkakala baca dari satu blog petang ni tadi dalam dalam blog tersebut ada mengatakan bahawa Setiausaha Politik Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib akan didesak untuk melepaskan jawatan dan desakan ini akan dilakukan secara besar besaran oleh media arus perdana dan dengar khabar juga beberapa ahli majlis tertinggi menyokong tindakan tersebut.

Alies Nor yang dikatakan bertanggungjawab dalam memilih calon calon pilihanraya kali ini dilihat telah gagal untuk memeberikan satu nasihat yang berguna kepada Datuk Seri Najib dan dengan itu juga, ramai dikalangan pemimpin Barisan Nasional sudah memulakan gerakan supaya beliau disingkirkan.

Apa pula kata Datuk Rauf Yusoh yang dikatakan sebagai salah seorang yang berasa kurang selesa apabila gerakan ini dilakukan dan ada kemungkinan tempias daripada apa yang terjadi keatas Alies Nor sedikit sebanyak akan terpercik kepada beliau.

Berita selanjutnya disini

http://bit.ly/11k5Ayr

Kini kita beralih pula kepada Datuk Khairun Aseh anak kepada Tan Sri Aseh Che Mat yang merupakan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Khairun pula dikatakan akan dilantik sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri, aduhh..keluar mulut buaya masuk mulut naga nampaknya kali ni.

Ada juga dalam sebuah laman blog bercerita tentang anak kepada Tan Sri Aseh ni yang dikatakan mempunyai kekayaan yang luarbiasa dan ada juga dikhabarkan bahawa ianya diperolehi semasa Tan Sri Aseh menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dulu dan selama menjadi Presiden Perbadanan Putrajaya.

Baca sini http://bit.ly/13vYxBL

Kalau betul cerita ni memang le hebat Datuk Khairun ni, nampak sahaja lembut tapi rupanya kasar juga.

Ada desas desus yang mengatakan Datuk Khairun akan bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya, wahhh..hebat la kalau macam tu, tapi setahu Sangkakala beliau tidak terlibat dalam kempen pilihanraya semasa Setiausaha Agung UMNO bertanding sebagai ahli parlimen Putrajaya yang di tentang oleh Naib Presiden PAS Husam Musa dalam PRU yang lepas.

Perkara ini Sangkakala dapat tahu daripada jentera Putrajaya sendiri, mereka rata rata mengatakan bahawa Datuk Khairun tidak turun membantu dalam kempen tersebut, alih alih nak bertanding Ketua Pemuda Bahagian?

Ishhh..takkan dah menang Datuk Seri Tengku Adnan baru le nak tunjuk muka semata mata nak bertanding ketua pemuda, nak tambah aset yang ada ke?

Sangkakala rasa cukup dulu sampai disini dulu buat masa ni, nanti Sangkakala akan sambung lagi, sebab nak buat risikan sikit pasal Datuk Khairun, sebab bagi Sangkakala kalau nak cari bakal pemimpin biarlah yang ada kebolehan untuk memimpin, kalau tak nampak tokoh kepimpinan baik suruh dia belajar dulu.

Perlu diingat, sifat kepimpinan ini bukan mampu diwarisi atau diwariskan oleh semua orang, cuma ada segelintir sahaja yang mampu berbuat demikian.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: