Sabtu, 1 Jun 2013

@NajibRazak PARTI TUNGGAL UNTUK BUNUH MELAYU KE ???

Ni Sangkakala nak tanya sikit pada Perdana Menteri tentang cadangan parti tunggal yang dikatakan akan dikaji untuk perlaksanaan dimana Barisan Nasional tidak lagi mempunyai parti komponen dan UMNO bukan lagi parti tunjang dalam Barisan Nasional.

Apa benda semua ni? Nak ikut kata Lim Kit Siang yang mencabar Datuk Seri Najib supaya UMNO buka keahlian pada orang bukan melayu pula ke tapi di tukar kepada parti tunggal dengan menjadikan Barisan Nasional sebagai satu parti dan tidak mempunyai komponen? Begitu?

Kalau dah macam tu rasanya Datuk Seri Najib juga tidak ubah seperti Paklah, yang mengikut kata para penasihat yang membawa kehancuran kepada parti keramat UMNO itu sendiri.

Jangan la terlampau nak dengar kata orang kiri dan kanan, fikir sebagai CEO parti dan fikir sebijak seprofesional mungkin kerana anda adalah Perdana Menteri dan janganlah nak dengar kata orang yang mana kesudahnnya melihatkan Datuk Seri sendiri tiada kreadibiliti sebagai seorang pemimpin tertinggi.

Mungkin Sangkakala tak bijak dalam politik dan tidak bijak dalam pelajaran, tetapi sebagai ahli UMNO yang mungkin akan meninggalkan parti ini termasuklah Barisan Nasional jika dijadikan parti tunggal, Sangkakala rasa agak kecewa dengan keterampilan yang dibawa oleh Perdana Menteri hari ini.

Seolah olah tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri dan terpaksa mendengar nasihat yang juga seolah oleh keputusan orang lain.

Ramai akar umbi yang Sangkakala temui mengatakan bahawa dengan membiarkan Barisan Nasional menjadi parti tunggal, UMNO sudah tiada lagi taringnya, apa akan jadi dengan nasib UMNO yang sudah lebih 66 tahun membela nasib orang melayu?

Hanya kerana ketiadaan undi Cina, maka UMNO menjadi galang gantinya, adakah UMNO akan dikambing hitamkan oleh pemimpinnya sendiri, apakah UMNO perlu takut kepada desakan dan seolah olah amat terdesak untuk mendapatkan undi dari kaum cina jika benar kaum cina tidak memberikan undi kepada Barisan Nasional.

Sangkakala dengan ini mengisytiharkan bahawa sekiranya UMNO ini bakal digantikan dengan Barisan Nasional sebagai parti tunggal, patah sayap bertongkat paruh Sangkakala akan tetap pertahankan, biarpun bersaorangan, biarpun putus nyawa dibadan kerana ini adalah parti turun temurun yang dikhabarkan oleh datuk dan nenek Sangkakala dulu.

Kepada para pemimpin Melayu yang sudi untuk menyokong dasar satu parti ini, Sangkakala isytiharkan bahawa mereka ini adalah pengkhianat bukan sahaja kepada parti bahkan juga kepada orang orang melayu yang selama ini mempertahankan parti keramat yang ditubuhkan pada tahun 1946 ini.

Perlu juga diingat, bahawa satu masa dulu kita mampu untuk berjuang menentang Jepun dan Komunis tapi hari ini kita tidak mampu untuk berjuang membentuk maruah bangsa itu sendiri.

Walaupun Datuk Seri Najib berkata ianya akan dibawa ke makmal untuk dianalisa dan akan mendapat persetujuan dikalangan ahli parti, namun Sangkakala pada hari ini, menyatakan bahawa Sangkakal amat tidak bersetuju dan menolak perkara ini sekeras kerasnya dan bagi Sangkakala tidak ada apa apa kompromi sekiranya ada yang mahu membiarkan perkara ini berlaku.

Kepada Perdana Menteri, anda orang Melayu, UMNO parti Melayu, jika anda seolah olah mahu mengikut dan menyahut cabaran daripada cina DAP iaitu Lim Kit Siang dan kuncu kuncunya, anda bukan sahaja bermasalah dengan mereka tetapi anda akan menerima juga masalah daripada orang orang melayu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: