Rabu, 5 Jun 2013

KHAIRUN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT ???

Dari blog rakan Sangkakala, HakMalaysia mengatakan bahawa Datuk Khairun Aseh menerima kunjungan hormat yang pertama dari kalangan ketua ketua pemuda cawangan dari bahagian Putrajaya, kenapa ketua pemuda cawangan?

Apa yang Sangkakala baca dari blog tersebut, ada juga tertulis yang mengatakan bahawa kunjungan tersebut merupakan kunjungan daripada jentera pemilihan akan datang yang di bentuk oleh Khairun untuk bertanding sebagai ketua pemuda UMNO bahagian.

Wahh..awal awal dah rancang strategi ni, agaknya sebab itu juga Khairun tidak turun membantu pergerakan pemuda Putrajaya semasa pilihanraya yang lalu sebab sibuk mengatur jentera di peringkat bahagian sedangkan yang lain sibuk mengatur jentera pilihanraya.

Kita baca lagi laporan tentang Khairun di SINI

Tapi yang Sangkakala tak boleh tahan tu bila kata nak tabur duit tu, adoyaii..kena perhatikan betul betul ni jangan sampai ada politik wang pulak yang boleh merosakkan parti, biar hilang sorang setpol jangan hilang maruah UMNO.