Rabu, 5 Jun 2013

SHABERY CHEEK NAIK ANGIN !!!

Nampaknya Menteri komunikasi kita ni dah naik angin, dah tak pakai surat khabar atau media elektronik lagi untuk menempelak orang orang yang kurang faham bahasa ni.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam laman twitter dan facebook beliau telah menunjukkan bahawa beliau serius dan tidak suka dengan kenyataan kenyataan bodoh dari pembangkang. 

Ini baru betul,  selama ni kebanyakan menteri guna media cetak dan elektronik bila nak hentam pemimpin pemimpin bangang pakatan pembangkang tapi kali ni terus hentam biar semua orang nampak.

Jadi kami pulak dikalangan bloggers dan penggiat media lain boleh sebarkan lagi dengan meluas supaya seluruh Malaya tau betapa seriusnya menteri atau pemimpin kita dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab. 


Sangkakala rasa Datuk Seri ni mesti tempelak kenyataan si bangang Ketua Menteri Pulau Pinang yang kata kerajaan nak buat macam Singapura tentang pengguna atau pengamal media sosial.

Yang sebenarnya kerajaan meminta supaya ianya dikaji terlebih dahulu kerana kita mengambil pendekatan kebebasan media dalan negara.

Nah sekarang bagi Guan Eng pula jawab kat menteri kita ni, jangan semua perkara dia nak politikkan dengan budaya menghasut rakyat melalui kenyataan kenyataan bodoh.