Rabu, 5 Jun 2013

BANTAHAN TERHADAP TARIAN BOGEL

Dalam akhbar arus perdana ada tertulis bahawa PAS mengecam pertujukkan tarian separuh bogel yang diadakan di sebuah pasaraya di Johor, bagi Sangkakala ini adalah satu tindakan tepat yang diambil oleh PAS dalam mencegah satu kemungkaran.


Bukan apa, Sangkakala rasa ianya tidak patut diadakan di negara ini walaupun kita mempunyai pelbagai kaum dan agama tetapi dengan mengadakannya di kawasan awam adalah amat tidak sesuai kerana semua golongan masyarakat menjadi penonton. 

Walaupun selama ini Sangkakala selalu mengeluarkan kenyataan yang tidak menyokong tindakan PAS dalam politik tanah air, tapi dalam perkara ini Sangkakala bersetuju dan bersependapat dengan PAS yang menempelak penganjuran persembahan tersebut. 

Ini kerana banyak lagi acara kesenian yang boleh dipertontonkan kepada khakayak kerana dalam Negara ini sendiripun sudah ada banyak acara kesenian yang belum dipertontonkan kepada masyarakat.