Selasa, 4 Jun 2013

#505 #tolakPR LAGI SEKALI PKR MENIPU RAKYAT

Rafizi Ramli menipu sekali lagi, si mangkuk ni kata ada calon BN beli kertas undi daripada pegawai SPR dengan harga RM 100 sekeping dan satu laporan polis dibuat sehari sebelum pengundian dilakukan.

Tapi kenapa hari ini baru Rafizi nak dedahkan setelah sebulan lebih pikihanraya berlangsung?

Kenapa tidak pada hari pengundian atau sehari selepas itu tetqpi mengambil masa yang begitu lama untuk mengadakan sidang akhbar serta menunjukkan bukti yang dikatakan telah berada di tangan beliau sebegitu lama?


Satu lagi kemusykilan ialah, kenapa Rafizi mengadakan kenyataan akhbar tetapi tidak membuat bantahan di mahkamah kerana tempoh untuk membuat bantahan masih lagi ada lebih kurang 9 hari?

Nyata pakatan pembangkang kini sudah amat terdesak hingga sanggup untuk mengeluarkan fitnah yang begitu jijik sekali.

Selaku seorang pengarah strategi dan seorang ahli parlimen, Rafizi sepatutnya lebih profesional dan bukan berkelakuan seperti seorang yang tidak berpelajaran.

Seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa Rafizi selama ini memang pandai membuat segala macam fitnah dan dengan fitnah juga beliau telah memenangi kawasan parlimen Pandan.