Ucapan tahniah Sangkakala berikan kepada Pemuda Barisan Nasional yang begitu prihatin dengan masalah kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan kepada golongan muda dengan mengadakan BN Youth Job Fair yang berjalan mengelilingi seluruh pelusuk tanah air.
Walaupun program ini telah lama berakhir, namun baru sekarang Sangkakala terfikir, apa pula fungsi Kementerian Sumber Manusia yang menjadi kementerian yang sepatutnya menjalankan program ini.
Adakah Menteri di Kementerian tersebut YB Datuk Seri Dr S. Subramaniam tidak mempunyai idea atau tidakkah beliau terfikir untuk melakukan sesuatu seperti ini demi membantu anak anak muda untuk mendapatkan pekerjaan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran di dalam negara?
Satu masa dulu Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Rakyat ada juga memanggil syarikat untuk menemuduga bakal bajal pekerja lepasan SPM untuk bekerja di pelbagai sektor. Namun kini semua tu dah takde lagi rasanya.
Jika nak dikatakan ianya tidak mendapat sambutan dari pelbagai pihak, Sangkakala lihat begitu ramai anak anak muda yang melawat serta mendaftar untuk mendapatkan pekerjaan sepanjang program BNYJF dijalankan di seluruh negara baru baru ini dan ada juga kedengaran bahawa rata rata anak anak muda ini amat berpuas hati dengan program tersebut.
Bagi Sangkakala, sekiranya Menteri tersebut hanya mempunyai keinginan untuk menjadi Menteri dan berjawatan dalam kabinet, ini adalah liabiliti sebenar dalam Barisan Nasional.
Rata rata ahli Barisan Nasional tidak kira dari UMNO MIC MCA dan parti komponen lain memerlukan seorang Menteri yang tau masalah rakyat serta kreatif dalam usaha menyelesaikannya.
Satu lagi, ada tak Kementerian Sumber Manusia memberi apa apa bantuan untuk menjayakan BNYJF selama ianya berlangsung atau hanya datang sebagai undangan untuk bersama sama Perdana Menteri merasmikan program tersebut.
Sangkakala juga ada mendengar ura ura bahawa Menteri di Kementerian Sumber Manusia juga menolak untuk memberikan bantuan kewangan yang dijanjikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia kepada CCAM sebuah badan bukan kerajaan yang mana badan bukan kerajaan ini mempunyai peluang pekerjaan sebagai penyambut tetamu atau operator panggilan telefon sebanyak lebih dari 20'000 kekosongan dan badan bukan kerajaan ini juga dikatakan berusaha untuk menjaga kebajikan pekerja di bawah rangkaian sektor yang mereka naungi.
Apa yang menjadi bahan ketawa pula ialah, apabila Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Zainal Rahim bin Seman telah memanggil Presiden CCAM ini untuk berjumpa dan beliau mengatakan bahawa CCAM tidak ada kena mengena dengan Kementerian mereka, bahkan beliau pula dengan mudah menolak agar CCAM pergi berjumpa dengan Kementerian Pelancongan, KSU sendiri pun tak tau ke fungsi Kementerian Sendiri dengan Kementerian orang lain? Mungkin ada arahan dari pihak atasan sampai KSU keluarkan kenyataan bodoh macam tu agaknya ye.
Jika ini amalan yang digunapakai oleh Kementerian, rasanya ramai anak anak muda yang akan ketinggalan dalam bidang pekerjaan selagi ada Menteri yang Sangkakala lihat tidak boleh mencapai KPI seperti yang diminta oleh Perdana Menteri kita satu masa dulu.
Pssssttt.. baik tutup je la kementerian ni kalau dah nak jaga diri sendiri je..
2 ulasan:
Salam Blog Tuan Empunya sudah pun di pautkan mohon juga di pautkan blog saya pada blog tuan..mediauruk.blogspot.com..terima kasih...
Salam bro, tukar pautan blog teman,
http://kinta-menjerit.blogspot.com
Tq
Catat Ulasan