Isnin, 1 Julai 2013

KM MELAKA TETAP KERAS HATI

Ketua Menteri Melaka yang baru, Datuk Wira Idris Haron tetap tidak berganjak dari keputusan untuk membenarkan kenderaan lalu di laluan jonkerwalk pada setiap hujung minggu demi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Dalam utusan malaysia beliau mengatakan bahawa beliau tidak akan berganjak dari keputusan tersebut selagi hasil kajian tidak menujukkan penutupan jalan disekitar Jonker Walk bukan punca kesesakan lalulintas yang berlaku seblum ini.

Bagi Sangkakala, Jonker Walk elok dipindahkan ke kawasan lain daripada diletakkan di tengah tengah bandaraya Melaka kerana kesesakan memang berlaku akibat dari penutupan jalan tersebut.

Lagi satu, setelah ditutup dan laluan tersebut diberi peluang kepada para peniaga untuk berniaga di situ apa pula sumbangan para peniaga khususnya kaum cina yang mempolopori kawasan tersebut sejak 13 tahun lalu?

Setelah diberi peluang oleh Datuk Seri Ali Rustam sebagai Ketua Menteri yang dulu, apa pula balasan mereka kepada kerajaan yang begitu perihatin dengan golongan peniaga peniaga kecil?

Bukan Sangkakala mendesak untuk membalas dendam, tetapi satu perkara perlu dilakukan untuk mereka pelajari bagaimana susah payah kerajaan Barisan Nasional yang mendapat cemuhan serta herdikan diawal cadangan dulu.

DAP sendiri telah memberikan pelbagai kritikan dalam usaha kerajaan memberikan peluang perniagaan kepada peniaga peniaga kecil dikalangan kaum cina.

Tapi apabila diberi peluang dan ruang yang sebegitu luas, jelas kini mereka berpaling tadah dan cuba untuk memotong tangan yang menyuapkan makanan ke mulut mereka.

Lagi satu Sangkakala rasa tak perlulah mana mana menteri kabinet cuba untuk campur tangan sangat dalam pentadbiran kerajaan negeri, kerana kerajaan negeri lebih tahu apa yang mereka akan lakukan dan apa yang mereka perlu lakukan.