Jumaat, 26 Julai 2013
@NajibRazak KEMANA MELAYU DAN ISLAM AKAN PERGI DAN APA AKAN JADI SELEPAS INI
Hari ini Tun Faisal ada mengeluarkan satu artikel tentang surat Dr Mahathir Muhammad kepada Tuanku..setelah Sangkakala baca isi kandungan surat yang disalin semula oleh Tun Faisal, Sangkakala dapat rumuskan sesuatu.
Baca selanjutnya DISINI
Rumusan yang ingin Sangkakala katakan disini ialah, mungkin apa yang terjadi di zaman Tun Dr Mahathir kini berulang kembali, iaitu kelembutan melampau kerajaan dalam menangani isu isu yang membabitkan orang Melayu serta agama Islam.
Beberapa kejadian sejak kebelakangan ini berkenaan dengan kedaulatan bangsa dan agama sering menjadi permainan oleh golongan bukan Melayu serta bukan beragama Islam. Apakah kerajaan mahu terus membiarkan perkara ini berlaku?
Selaku sebuah kerajaan, Sangkakala rasa tidak sepatutnya perkara perkara seperti ini dibiarkan dan ia seharusnya dibendung dengan lebih proaktif.
Bukan niat Sangkakala untuk mengkritik kerajaan, tapi jelas kelihatan kini, orang orang Melayu sendiri sudah agak kecewa dengan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO yang dikatakan membela nasib orang Melayu serta Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.
Kalau dulu UMNO akan bangkit mempertahankan agama Islam dan orang Melayu, tapi kini kita lebih ditindas dan lebih ditekan hingga untuk menarik nafas juga sudah tidak selesa.
Apakah perlu rakyat bangkit sepertimana kejadian 13 mei 1969 yang mana kerajaan telah dibelakangi oleh rakyat hingga mereka turun seperti orang hilang akal kerana membela maruah bangsa Melayu serta menegakkan agama Islam?
Ini semua berlaku apabila kerajaan dilihat sudah tidak mampu untuk memberikan pembelaan kepada bangsa dan agama ini, ini semua perlu dihentikan serta merta, jika kita melihat dari sudut kekuasaan, kerajaan Barisan Nasional hari ini telah menerima sokongan oleh orang orang Melayu dan jangan sampai Melayu ini berpaling tanpa menoleh menolak kerajaan yang ada kerana mungkin dalam benak mereka, kerajaan ini atau parti melayu ini sudah tidak mampu memayungi mereka.