Isnin, 15 Julai 2013

#KualaBesut PENDUDUK KAMPUNG LAMPU BESUT TERKEJUT DENGAN KEHADIRAN MB PERAK !!!


Lawatan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ke PDM Kampung Nangka yang menjadi PDM angkat kepada UMNO negeri Perak petang ini bermula dengan menunaikan solat asar di Masjid Kampung Lampu Besut.


Kampung Lampu Besut yang didiami lebih kurang 76 buah keluarga terletak dalam PDM Kampung Nangka dan lawatan seperti ini biasa dilakukan dalam setiap pilihanraya kecil untuk membantu calon.


YAB Datuk Seri Zambry berkata bahawa lawatan kali ini adalah untuk bertanya khabar para penduduk di sekitar kawasan kampung Lampu Besut sambil mengadakan lawatan ke 5 buah rumah ibu tunggal dalam kampung ini.


Menurut beliau lagi, adalah menjadi amalan dalam setiap pilihan kecil, setiap negeri akan dibahagikan dengan PDM PDM angkat dibawah pemantauan mereka.


Dalam kontek prk sudah pasti kempen membantu calon dan meyakinkan pengundi kenapa mereka perlu memilih Barisan Nasional akan dijalankan.


Lagi gambar gambar lawatan DISINI

UMNO negeri Perak tidak mengadakan ceramah kerana menghormati bulan puasa menurut beliau lagi.

Dalam peratusan undi, kawasan ini setiap kali pilihanraya memang tidak memberangsangkan tetapi jaraknya tidak jauh, dalam pru yang lalu bn tewas di peti undi ini hanya dengan 79 undi dan kali ini UMNO akan turun untuk mengenal pasti mereka yg tidak keluar mengundi.

Dalam menjawab pertanyaan lain lagi, beliau mengatakan bahawa pendekatan ini tdk terlalu agresif memandangkan umat Islam didalam bulan puasa.

Ketika ditanya oleh wartawan dari Malaysiakini tentang kehadiran calon PRK, Datuk Seri Zambry berkata ianya tidak begitu penting, apa yang paling penting ialah tanggungjawab yang dijalankan kepada rakyat.

Pendekatan UMNO Perak adalah lebih kepada komunikasi dan berkomunikasi dengan para pengundi kerana ada diantara yang menyokong pakatan pembangkang bukan kerana mereka adalah pembangkang tetapi kerana masyarakat sekampung.

Di akhir lawatan, Datuk Seri Zambry melawat ke Kampung Beris Lampu dan menyertai majlis berbuka puasa solat maghrib dan isyak serta solat sunat tarawikh.