Ahad, 7 Julai 2013

@NajibRazak SURUH YANG KALAH FIKIR STRATEGI ??? TAK KE NANTI KALAH SEMUA ???

Sangkakala dengar Datuk Sahlan Nasution dilantik sebagai pengarah strategi..biar betul ni..dah habis fikir atau dah tak boleh nak fikir?

Bukan Sangkakala nak menyanggah atau menajdikannay isu hangat, cuma Sangkakala terfikir, jika orang yang diletakkan sebagai Pengarah strategi..biarlah dikalngan orang yang menang sebab dah tentu dia ada strategi untuk memenangi pilihanraya.

Tapi kalau yang kalah dilantik..ianya agak pelik sikit..sebab terbukti Sahlan tak mampu untuk membentuk strategi bagi memenangkan beliau di Kedah..sedangkan Kedah yang sebelum ini ditakluki oleh Pakatan Pembangkang telah dapat ditawan semua oleh Barisan Nasional.

Kalau negeri yang dapat dirampas balik oleh Barisan Nasional dan Sahlan yang duduk di sebelah Perdana Menteri sebagai setiausaha politik bertanding tapi mengalami kekalahan..apa tandanya?

Bagi Sangkakala ada beberapa kemungkinan disebalik kekalahan Sahlan di pokok sena..yang pertama sebab orang memang tak suka atau tak berkenan dengan Sahlan..yang kedua..bukan orang yang dipilih sebagai pemimpin kawasan dan ketiga kerana orang tau siapa beliau yang sebenarnya.

Tapi Perdana Menteri masih mengambil orang yang sebegini untuk duduk disebelah beliau dan apa yang memeranjatkan Sangkakala ialah bila beliau diletakkan sebagai pengarah strategi..mampu ke Sahlan membentuk strategi baru bagi mengekalkan kemenangan Barisan Nasional atau ianya akan mengeruhkan lagi keadaan yang ada?

Harapan Sangkakala, memilih biarlah kena dengan caranya..jangan kerana fikiran atau memandang dengan mata..tapi pandanglah dengan mata hati dan fikiran rakyat.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: