Selasa, 16 Julai 2013

#KualaBesut KEMPEN 16 16 PAS CUBA KELIRUKAN RAKYAT


Kempen yang dijalankan oleh PAS dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang mengatakan jika pakatan pembangkang memperolehi kemenangan dalam prk kali ini akan memberi kestabilan kepada negeri Terengganu adalah sesuatu yang mengelirukan.

Terengganu yang mempunyai 32 kerusi DUN dan kini pertandingan diantara PAS dan Barisan Nasional dimana PAS mencuba untuk mendapatkan kerusi Kuala Besut bagi membolehkan kerusi dalam Dewan Undangan Negeri menjadi sama banyak sebenarnya adalah satu kekeliruan.

Mereka mengatakan dalam ceramah ceramah dimana jika kerusi DUN menjadi sama rata maka ianya akan dapat memberikan satu impact yang besar dalam sesuatu yang ingin dilakukan oleh kerajaan kerana mereka mengatakan bahawa mereka ( pembanhkang ) akan menyokong apa sahaja yang dicadangkan oleh kerajaan sekiranya ianya satu kebaikan afalah rretorik semata mata.

Ini dapata kita lihat sebenarnya dalam sidang DUN di Negeri Selangor yang mana mereka sesama mereka sendiri membangkang antara satu sama lain dalam cadangan untuk kebaikan rakyat dicadangkan.

Seperti yang terjadi kepada Datuk Dr Hasan Ali yang melakukan serbuan keatas sebuah gereja katolik di Damansara yang mana ianya telah mendapat tentangan dari rakan mereka sendiri apatah lagi jika ianya dilakukan oleh kerajaan.

Begitu juga dengan rampasan arak di kedai 24 jam, ianya juga menampakkan tentangan dari kalangan rakan mereka sendiri. 

Tapi dalam kempen di pilihanraya kecil kali ini mereka mengatakan bahawa segala usul atau cadangan dari kerajaan yang membawa kebaikan akan disokong oleh mereka dan mereka akan menolak sekiranya cadangan tersebut tidak membawa kebaikan untuk rakyat.

Adakah apa yang dilakukan oleh Hasan Ali di Selangor itu tidak baik kepada rakyat khususnya orang Islam hingga membuatkan beliau dipecat daripada menjadi ahli parti tersebut?

PAS akan membangkang apa sahaja yang mahu dilakukan oleh kerajaan termasuklah pembangunan untuk rakyat jika kerusi dalam dewan undangan negeri dimiliki sama banyak oleh pakatan pembangkang serta kerajaan dan ini akan melihatkan sesebuah keputusan akan tergantung dan tidak dapat dilaksanakan.

Jadi adakah ini dilihat sebagai satu kebaikan untuk rakyat Terengganu secara keseluruhan?

Para pengundi perlu memikirkan perkara ini dan seterusnya memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional demi memajukan negeri Terengganu.