Ahad, 14 Julai 2013

#PRKKualaBesut PAS KETANDUSAN PENCERAMAH !!! ULANG TAYANG VIDEO LAMA


PAS dikawasan Kuala Besut nampaknya memang sudah ketandusan penceramah apabila mereka kini menggunakan video ceramah ceramah lama untuk membantu kempen pilihanraya kecil di Kuala Besut.

Kenapa perkara ini boleh berlaku? Apakah penceramah penceramah hebat mereka tidak mahu lagi untuk turun ke kawasan pilihanraya dan berkempen?

Sangkakala pergi ke beberapa tempat dan yang paling hebat sekali apabila mereka berceramah dalam sebuah masjid di Kampung Tok Saboh dimana penceramah yang memberikan kuliah telah memasukkan elimen ceramah politik dalam masjid tersebut.

Sangkakala sempat mengambil beberapa gambar berkenaan dengan ceramah yang disampaikan didalam masjid tersebut..walaupun kemungkinan besar bahawa masjid tersebut adalah milik PAS namun penggunaan rumah Allah untuk berpolitik adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan kerana Islam itu bukan agama untuk PAS..ianya adalah agama untuk seluruh umat Islam tanpa mengikut pegangan mana mana parti politik. 




 Dalam ceramah tu Sangkakala ada dengar yang penceramah ada mengatakan bahawa betapa perlu nya mengundi calon PAS..apa ni? Masjid tu ustaz..bukan pentas ceramah tempat untuk mengatakan tentang politik..ingat ingat Tuhan sikit..pandang semua tempat..sesuai atau tidak untuk berceramah..jangan sampai dah tak boleh nak bezakan yang mana politik yang mana agama.