Selasa, 16 Julai 2013

#KualaBesut TANAH 4 HEKTAR JADI SEBUTAN !!! 4 RIBU HEKTAR BAGAIMANA PULA ???

Ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa bahawa empat pemimpin UMNO, Datuk Abdullah Mohd, Nawi Mohamad, Mohamad Pehimi Yusof dan Datuk Seri Idris Jusoh telah menerima tanah seluas satu hektar setiap seorang.

Perkara ini telah dikatakan disahkan oleh salah seorang daripada pemimpin tersebut melalui sms kepada Malaysiakini iaitu Encik Nawi Mohamad.

Walaubagai mana pun, Nawi mengatakan bahawa ramai dikalangan penduduk Kuala Besut juga ada menerima tanah di kawasan sama yang diberikan oleh kerajaan itu kepada mereka dan ini tidak dilihat sebagai satu masalah sebenarnya.

Jika dilihat pula dari konteks 4 hektar tanah yang diberikan tidaklah sebesar mana pun jika ingin dibandingkan dengan lebih 4 ribu hektar yang dikatakan telah dianugerahkan oleh kerajaan Kelantan kepada sebuah syarikat yang dimiliki oleh Ngeh Koo Ham dan Nga Kok Meng yang hebat diperkatakan dalam media sosial sikit masa dulu.

Ada perbezaan tak dengan kedua dua situasi ini? Bagi Sangkakala ianya mempunyai perbezaan terlalu besar dimana, 4 hektar tersebut dianugerahkan kepada 4 orang pemimpin setempat yang telah membuat jasa kepada masyarakat di kawasan tersebut berbanding dengan lebih 4 ribu hektar yang diberikan semata mata untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Perak pada tahun 2008 oleh PAS.

Tetapi perkara ini didiamkan sahaja oleh PAS dan mereka cuba untuk menidakkan perkara tersebut walaupun beberapa bukti seperti dokumen syarikat dan pemberian tanah tersebut telah didedahkan.

Persoalannya, apa jasa kedua dua pemimpin DAP Perak ini kepada rakyat Kelantan berbanding dengan jasa keempat empat pemimpin di Besut ini?

Penduduk di kawasan Kuala Besut jika dilihat dari mata kasarnya telah menerima pembangunan yang amat pesat dan kebajikan mereka terpelihara selama Barisan Nasional memerintah semula sejak tahun 2004 berbanding dengan laporan laporan yang didedahkan oleh rakyat Kelantan dengan penipuan tentang ladang rakyat dan sebagainya.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone